Monday, August 2, 2010

“Wahai Nabi Allah Isa, sesungguhnya aku sentiasa menjaga tiga perkara serta aku amalkan perkara itu.Adapun yamh tiga perkara itu ialah aku sentiasa memelihara air wuduk dan aku sediakan air untuk berwuduk.Apabila wudukku batal, maka aku gantikan dengan wuduk yang baru.Aku juga selalu menziarahi orang mati sebagaimana dibuat oleh orang lain.Maka apabila ada diantara orang-orang yang hadir mengungkit keburukan si mati, maka aku cela orang tersebut.Dan segala hajat manusia memerlukan bantuanku, sekirannya aku berkuasa untuk melaksanakannya, maka segera aku tolong semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.Hanya itulah amalan yang sentiasa aku jaga dengan sebaik-baiknya.


*************************************************************
Teringat bagaimn suami saya merubah saya. Asalnya saya btudung haanya selepang(tidk jatuhkan), tapi suami mberi hadiah keronsang (satu set)...katanya cantik kalau labuhkan tudung dan sematkan keronsang tadi..
lepas tu dia minta saya pakai baju kurung...setiap kali saya pakai, dia akan puji.
Bila dia blikan t-shirt, pasti belikan warna yang saya suka...tapi lengan panjang :)

Sekarang sudah sebati dengan lengan panjang, saya rasa tidak selesa btudung pendek..walaupun dengan adik2 ipar saya sekalipun...

saya bersyukur sangat2 dikurniakan suami sepertinya..Alhamdulillah. Perubahan boleh dilakukan , tapi mestilah kena dgn caranya.

No comments:

Post a Comment